Kami Remaja

Manusia yang di lahirkan ke dunia, akan merasai pahit dan manis kehidupan.Tidak kira agama apa, bangsa apa mahupun lelaki atau perempuan.Terlalu banyak dugaan dan liku-liku kehidupan yang di berikan Allah (S.W.T).Manusia perlu tempuhi segala dugaan dengan kesabaran.Zaman remaja adalah zaman yang paling berharga.Janganlah kita sia-siakan zaman remaja kita.Sekolah ? Pasti ramai yang tidak suka bersekolah.Pergi sekolah hanya nak berjumpa dan berborak dengan rakan-rakan.Pelajaran pun, entah ke mana.Saya lah salah seorang pelajar itu.Tapi, kadang-kadang.Saya terfikir bahawa ilmu amat penting dan perlu di pertingkatkan hari demi hari.Dengan cara ini, kita dapat jadi insan yang berguna suatu hari nanti.Peperiksaan ? *sigh* kadang-kadang, bila kita dapat tahu ada di antara rakan-rakan saya memperoleh 8-9A untuk PMR tahun lepas.Saya berasa amat malu dan camburu akan kejayaan mereka itu.Pasti ibu bapa mereka amat berbangga dan terharu dapat anak yang cemerlang.Diri sendiri berasa amat kesal dan terkilan kerana tidak dapat memebuhi kehendak ibu bapa dan keluarga yang selama ini menyokong saya dari belakang.Apa pun, saya telah pun berazam untuk buat yang terbaik untuk ujian yang akan saya duduki bulan 5 ini.Saya berazam untuk melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada sebelum ini.InsyaAllah, saya boleh ! Ialahkan ? Kalau rakan-rakan sebaya saya mampu memperoleh kejayaan yang cemerlang, kenapa tidak saya ? Boleh, pasti boleh ! 


Percaya kepada diri sendiri.